Monday 26 December 2011

Hati Ini Lembut Sebenarnya

Assalamualaikum warahmatullah...

Salam SATU MALAYSIA..

Allahu rabbi... Allahu ahad... Allahu somad...

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ali Muhammad, ya muslimin sollu 'alaih...
Allahumma solli 'ala Muhammad wa sohbi Muhammad, ya mukminin sollu 'alaih...

Malam ini kene sound ikhlas dari seorang ayah. Dari tadi asyik online, tetibe pintu dikalih...

"oooohhhh, dia pun asyik chit chat sahaja. x boleh la macam ini. malam kene tidur, esok pagi bangun boleh qiam"

#Angguk dan buat muka tersengih kejap.

"engkau qiam tak ini?"

Soalan serangan angin asma direct melayang menampar muka aku. Mujur antibody kuat. Mwahahaha ^_^

"kalau terjaga, qiam la" <------- spontan...

"kalau sudah asyik chit chat sampai pagi, mana nak terjaga nya, silap-silap subuh pun terlajak"

#Angguk tanda setuju dan tiada sebarang reaksi lain. Hanya 'silent protest'.

"kene ubahlah, 12 tengahmalam tidur, pukul 2 dan pukul 3 pagi nanti bangun qiam. lepas itu, sembahyang subuh, lepas sembahyang subuh buatlah apa nak buat"

#Mata melirik ke jam, beberapa minit lagi nak pukul 12 tengahmalam.

Menyingkap Tirai Hati, Mengintai Keampunan

Secara psikologinya, hati manusia ini lembut, cuma jarang dilembutkan. Nasihat dari seorang Mak dan Ayah kebiasaannya ubat paling mujarab untuk melembutkan hati.

Tambahan pula, solat tahajjud penting dalam memastikan kelestarian hidup kita. Percayalah, melalui solat malam, hati akan mencapai tahap ketenangan 110% melepasi paras par yang sedia ada.

"Sesungguhnya di dunia ini ada syurga dan dapat dirasai melalui solat malam".

Peace!!! ^_^

(cerita diatas tidak semestinya betul, tidak semestinya rekaan, yang penting anda mampu mengubahnya)

Kerana Manisnya Epal

Assalamualaikum warahmatullahi...
Bismillahi...
Allahumma solli wa sallim 'ala sayyidina Muhammad s.a.w...

Apa khabar? Ada masalah? Jika ada masalah pohonlah pada Allah s.w.t selaku pencipta masalah itu, kerana dari-Nya jualah datang penyelesaian.

Tajuk nak dikongsi pada hari ini ialah "Kerana Manisnya Epal". Eh, macam pernah dengar. Macam pernah baca. Karya Faisal Tehrani itu kan?


Kerana Manisnya Anda

Kalau cerpen "Kerana Manisnya Epal" dalam Buku Antalogi Anak Laut itu, ini sinopsisnya:

    "Mazlina,pelajar Malaysia di luar negara menjadi anak angkat Buchanan,seorang peladang epal di Tsolum River Fruit Trees,tanah British Columbia.Seorang lagi anak angkat Buchanan,Yvonne Zakharov Rosenblum berasal dari Russia.
    Anak-anak Buchanan seramai lima orang tidak berniat untuk mengusahakan ladang epal.Buchanan pula sangat sayang akan ladang epalnya.Buchanan sedih kerana ladang epalnya ingin diambil oleh Gabenor British Columbia.
    Mazlina dan Yvonne berasa cemas kerana orang-orang dari Jabatan Tanah British Columbia dan pegawai tentera datang dengan membawa jentolak ketika Buchanan tiada di rumah.
    Buchanan berlari-lari pulang diikuti oleh Gabenor.Gabenor membatalkan projek lapangan terbang kerana beliau tidak mahu epa-epal yang manis sebanyak dua ratus  jenis di ladang itu musnah."

Dalam banyak-banyak cerpen, cerpen ini paling aku suka baca sebab cerita pasal epal. Hahaha. Aku memang suka epal. Kalau pergi pasar, mesti kene beli epal. 10 biji dengan harga RM5. Itu kalau epal yang molek-molek saiznya. Kalau nak yang besaq-besaq, RM10 dapat 8 biji.

Sebaiknya kita tinggalkan sebentar kisah epal diatas sebab aku bukan nak kupas komponen sastera dalam cerpen itu. Sebaliknya aku ada kisah epal tersendiri untuk dijadikan renungan. Siapa tahu berapakah ketebalan kulit epal? Nipis kan. Nipis giler.

Masa semakin pantas berlalu dirasa.

Realitinya kita hidup diatas bumi yang kian dimamah usia. Keadaan bumi yang kita diami ini semakin MERBAHAYA!!! Pelbagai fenomena ganjil yang berlaku, yang pastinya mengundang resah dan risau bagi mereka yang memerhati dengan telus. Ais di bahagian kutub mula mencair. Banjir semakin menjadi-jadi. Tanah runtuh, gempa bumi dan keretakan permukaan tanah semakin ketara. Ini suatu signal nyata untuk kita.

Kejap, kejap. Apa kene mengene dengan epal? Adakah epal menjadi kurang manis dengan wujudnya masalah-masalah tersebut?

Mari kita berbicara secara falsafah, bumi yang kita duduki ini ibarat sebutir pasir yang terapung di awangan yang gelap gelita. Oleh itu, bumi ini terdedah kepada pelbagai ancaman dari angkasaraya seperti pelanggaran dengan meteor, bulan mahupun planet lain. Perkara sebegini sepatutnya mengundang resah bagi penduduk yang mendiami planet Bumi. Tambahan pula, bahagian dalam bumi, sedang giat mengalir lava-lava berapi yang bersuhu lebih ribuan darjah celsius. Pada bila-bila masa sahaja Bumi ini akan menyemburkan lava berapi tersebut lalu menyirapi manusia. Ketahuilah, kerak bumi yang menjadi pemisah antara diri ini dengan jutaan ribu gallon lava berapi adalah ibarat senipis kulit epal. Dengan mudah dapat dikoyak, dengan mudah juga dapat digigit.

Retak Menanti Belah

Jadi, sedarkan diri-diri yang sedang alpa dengan keasyikkan dunia. Celikkan hati-hati yang sedang sibuk meratah kemanisan dunia ibarat menjamah sebiji epal yang masak ranum.

Risaulah dengan keadaan kehidupan kita. Ancaman yang hebat sedang menanti di setiap penjuru hidup ini.

Fitrah manusia, apabila risau dan takut, mereka akan mencari tuhan.

WaAllahu a'lam.

Semoga aku, kau dan mereka semua akan dilindungi Allah s.w.t dari malapetaka ketika di dunia yang dahsyat dan juga malapetaka ketika telah meninggalkan dunia yang pastinya lebih menakutkan.

Na'uzubillahi~

Tuesday 13 December 2011

Member

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kamu yang sedang membaca.

Bismillah, dengan nama Allah kita mulakan segala amalan dengan harapan diberkati oleh-Nya.
Kaf Ba Ra Kaf Alif Taa Nun itu sangatlah penting. Kalau tak ada keberkatan, maka sia-sialah amalan kamu, kita.

     Kawan, rakan, sahabat, teman, member, geng ataupun apa yang seangkatan dengannya amatlah penting dalam hidup kita. Ceria dan meriahnya hidup kita sedikit sebanyak bergantung pada mereka. Banyak masa kita luangkan bersama mereka. Tambahan pula, bagi yang hidup di kampus pengajian tinggi atau hidup berasrama, sudah pastilah akan sering dikelilingi dan didampingi oleh mereka. Baik nak pergi kelas, nak balik kelas, nak pergi masjid, nak balik masjid, nak pergi tandas dan nak balik tandas pun mesti bersama mereka. Hahaha. XD

Lelaki berpegangan tangan. Oh please~
     Kata orang, siapa kawan kita mencerminkan diri kita. Setuju ke? Aku tak berapa tak nak tak setuju. Bagi aku, siapa kawan kita mencerminkan siapa diri kita bagi orang yang melihat. Dan orang yang melihat itu tak semestinya betul dan tak semestinya salah. Contohnya, kita berkawan dengan kawan yang merokok, tak semestinya kita merokok sama. Tapi bagi yang melihat, mereka mungkin menganggap kita turut merokok. Itu la yang dipanggil perspektif awal. Jadi, untuk mengelakkan sebarang perkara negatif, kita kene lah bijak berkawan. Apa yang dimaksudkan dengan bijak berkawan ini adalah kita berkawan mengikut aliran Islam dan menyesuaikan keadaan dalam masyarakat. Hmmm. Islam telah menggarabkan akhlak, adab dan etika berkawan. Walaubagaimanapun, kesesuaian keadaan masyarakat juga perlu dititikberatkan. Sebagai contoh, Islam tidak melarang kita berkawan dengan penjudi. Tetapi pandangan masyarakat terhadap diri kita dengan penjudi itu juga perlu diambil kira. Jangan kita dilihat sebagai orang yang bersekongkol tapi biarlah kita dilihat sebagai orang yang memberi nasihat. Ada perbezaan disitu.

     Semoga perkongsian kali ini memberi pengajaran. Andai ada salah dan silap harap diampuni berserta teguran. Insha' Allah. Sama-sama kita berkawan dan membina suatu ukhuwah yang kuat atas dasar takwa. Peace ^_^

A thousand time : Samu Yusuf

"No words are enough to convey
All the things I want to say
I won't even try Cos I know
Deep down you feel how much I care

Now I hold my head up high
I see my dreams coming true
Peace be with you my dearest friend
In my heart you will remain

A thousand miles I'd run and walk
A thousand times I'd slip and fall
But for you I'd do it again
A thousand times"




Thursday 1 December 2011

Hikmah Dalam Kebetulan

Assalamualaikum dan selamat...se...selamat lah apa-apa yang patut.
Kalau baca masa pagi, selamat pagi.
Kalau baca masa petang, selamat petang.
Kalau baca masa malam, selamat malam.

     Tetapi apa yang penting, selamatkan iman kita secepat mungkin. Makin hari makin banyak kot dosa yang kita lakukan. Sedangkan umur makin pendek. Jadi, sebelum mata terkatup rapi, sebelum helaan nafas sudah berhenti, lekas-lekas kita bertaubat dan bersihkan hati. Takut nanti dah tak sempat.........sadis-sadis. =_=

     Dalam entry kali ini, aku nak berkongsi sedikit pandangan mengenai 'suratan dalam kebetulan'. Suratan dalam kebetulan? Apakah? Tahukah kita segala kejadian yang kita alami telah diaturkan. Mestilah kan. Allah 'azzawajalla yang telah aturkan segala perbuatan, percakapan dan pemikiran kita sejak azali lagi. Bermula sejak kita lahir sampai kita mati. Bermula dari kita baru bangun tidur sampai kita tidur kembali. Semua perkara telah diaturkan. Jadi, tiada kebetulan dalam aturan Allah.

     Cuma, bagi aku, sesuatu yang kita tidak expect terjadi pada kita itu adalah kebetulan. Padahal, Allah sudah tetapkan. Sebagai contoh, kita hendak pergi ke pasar membeli buah-buahan untuk dijadikan pencuci mulut. Tiba-tiba dalam perjalanan ke pasar, terdapat sebuah gerai baru dibuka yang menjual 'apam balik' di bahu jalan. Oleh itu, kita membeli 'apam balik' itu sebagai pencuci mulut menggantikan buah-buahan tadi. Adakah kebetulan ada nya gerai di situ? Bagi kita yang tak jangka perkara itu, ia dianggap kebetulan. Tetapi, di sisi Allah 'azzawajalla, ia suatu ketetapan yang telah lama diatur pada kita.

Ini pun 'pencuci mulut' yang sering dihidangkan masa raya.
   
     Wahai pembaca, tidakkah kita percaya bahawa setiap yang diaturkan pada kita adalah yang sebaik-baik untuk diri kita? Tidakkah kita terfikir bahawa setiap yang kita alami ada maksud tersirat disebaliknya? Bagi aku, segala yang Allah aturkan untuk kita lakukan sentiasa ada hikmah di sebaliknya, meskipun sesuatu itu kebetulan bagi diri kita. Cuma kita, adakah kita mencari hikmah itu ataupun tidak. Orang-orang yang sedar sentiasa mencari hikmah disebalik apa yang berlaku.

     Sebagai contoh mudah, kita sedang menonton televisyen program kesukaan kita, cartoon Spongebob Squarepants. <------Hahaha ^_^. Tiba-tiba iklan. Secara 'kebetulan' ada iklan yang memaparkan tentang pengajian Al-Quran. Wah, 'kebetulan' iklan itu dipaparkan. 'Kebetulan' juga kita yang menontonnya sedangkan pada kebiasaan kita sering mengabaikan iklan-iklan di televisyen. Bagi para pencari hikmah, dalam iklan itu mereka melihat hikmah. Kerana mereka sedar, kebetulan dalam hidup ini bukanlah kebetulan di sisi Allah. Segalanya telah diatur. Jadi mereka melihat iklan tersebut sebagai suatu peringatan dari Allah agar mengkaji Al-Quran, mungkin juga peringatan untuk diri yang sering lalai dengan Al-Quran. WaAllahu a'lam.

     Khulasatul qaul. Sebenarnya, tuhan tak pernah tinggalkan kita, peluang demi peluang diberikan untuk kita sedar bahawa kita bertuhan. Cuma kita yang sering abaikan meskipun disedari rahmat kasih tuhan itu. Oh, sadis-sadis. =_=