Tuesday 29 November 2011

Ganjaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat dan dinaungi rahmat tuhan. Senyum tak perlu kata apa-apa. :-)

+++Di pinggiran masjid berhampiran tempat letak kenderaan+++

Zack    : Bagus lah ceramah tadi. Penceramah pun style. Baru aku faham pasal isu perkahwinan ini.

Iwan    : Aku dah cakap, kalau ustaz ini bagi ceramah memang best. Ramai yang datang nak dengar. Lagi-lagi bab kahwin. Haha. :-)

Zack    : Itu la. Tapi kalau tazkirah biasa memang suku dewan solat pun tak sampai. Huh. Bak kata ustaz tadi, kalau lah reward untuk amalan kita dapat masa kat dunia, mesti ramai berpusu-pusu datang masjid, mesti ramai buat amal kebaikan.

Iwan    : Betul tu. :-)

Zack    : Contohnya macam sesiapa yang solat berjemaah dapat duit cash dari langit. Kalau dengar tazkirah dapat kereta Audi sebiji. Hehe.

Iwan    : Kalau macam itu makin ramai lah yang tak ikhlas buat amal ibadah kepada Allah. Masing-masing nak kan ganjaran semata-mata.

Zack    :........................................................................(terdiam dan mengangguk perlahan)

Iwan    : Bagi aku, sebenarnya kita dapat ganjaran bagi amalan yang kita buat kat dunia lagi. Tetapi bukanlah berbentuk material macam kereta, duit, banglo dan sebagainya. Mungkin lebih kepada kelebihan. Contohnya kita dapat ketenangan, kecerdasan fikiran, kecergasan tubuh badan dan juga dalam bentuk penyelesaian masalah.

Zack    : Tapi aku dah solat, hati aku tetap tak dapat pun ketenangan dalam hidup aku. =_=

Iwan    : Sabarlah. Sedangkan gaji pun cukup bulan baru boleh dapat. Hehe. ^_^

+++Iwan dan Zack kemudiannya menaiki Satria Neo R3 dan meninggalkan perkarangan masjid+++

     Pokoknya, setiap amal ibadah yang kita lakukan perlu disertakan dengan niat yang ikhlas. Tak salah mengharapkan ganjaran, tetapi jangan biarkan kehendak kepada ganjaran itu menjadi asas amal ibadah kita. Setiap amal ibadah yang ikhlas, InshaAllah, Allah 'azzawajalla akan memberikan ganjaran yang setimpal baik di dunia dan di akhirat. Sabar dan tidak perlu runsing~

     Selamat beramal.... :-)

Senyum, tak perlu kata apa-apa :-)

Apa Ada Hal Dengan Lagu

KL in the morning

     Pagi. Suasana yang nyaman, tenang dan menyenangkan. Itu pandangan bagi mereka yang hidup di kampung atau desa. Tetapi bagi mereka yang hidup di bandar, pagi-pagi lagi sudah menderu bunyi kenderaan bergerak sana-sini. Maklumlah, semua orang sedang memulakan langkah untuk mencari rezeki. Bagi yang kerja makan gaji, cukup bulan lah baru dapat rezeki nya. Hahaha.

     Kisah kali ini berkisar tentang Zack, seorang mahasiswa di sebuah Universiti Tanah Air. Pagi ini dia perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu program. Dia tidak keseorangan, Hilmi menemaninya.

+++Dalam kereta Satria Neo R3+++

Hilmi    : Program tu start pukul berapa beb?

Zack    : Pukul 8.00 pagi.

Hilmi    : Oww...

Zack menghidupkan radio dan mencari frekuensi kesukaannya.

"Kita bagai merpati"... "Yang sering beriringan"... "Menuju ke syurgawi pelangi"...
"Kita mengumpul hasrat"... "Tiada henti-hentinya"... "Mencari persinggahan bina istana"...

Lagu dendangan Samudera bertajuk "Titian Hasrat" berkumandang.

Hilmi    : Kau ni pagi-pagi lagi dah layan lagu tangkap leleh. Cuba lah dengar nasyid.

Zack    : Kenapakah? Salah ke?

Hilmi    : Sorry lah kalau kau tersinggung. Kan bagus kalau dengar nasyid, baru islamik beb.

Zack    : Islamik? Apa yang kau maksudkan dengan Islamik?

Hilmi    : Islamik lah. Baru kita ingat tuhan. Dekatkan diri dengan Islam.

Zack    : Oww... Kira islamik lah lagu ini. Sebab bila aku dengar aku ingat dekat tuhan. Dekatkan aku dengan nilai-nilai islamik.

Hilmi    : Apa pula macam itu? Lagu untuk orang bercinta ini.

Zack    : Bagi aku, tak semua lagu selain nasyid itu tak islamik. Ada yang islamik. Contoh macam lagu ini. Daripada lirik lagu ini memang kita dengar lagu jiwang, tetapi kalau kita fahamkan liriknya kearah islamik, inshaAllah, kita akan ingat tuhan. Aku rasa tak salah.

"Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika"...
"Namun di dalam hati dirimu kuterkenang jua"...
"Engkaulah permata di dalam genggaman tidak kusedari"...
"Kaca yang bersadur keemasan terus kucari"...

Lagu nyanyian Slam bertajuk "Kembali Terjalin" pula kedengaran.

Zack    : Contoh macam lagu ini. Secara umumnya lagu ini nak cerita tentang seorang lelaki yang meminta maaf daripada kekasihnya setelah melukai kekasihnya. Tetapi kalau kita fahamkan dari sudut islamik, lagu ini boleh menjadi kisah seorang hamba yang merayu agar hidayah diberikan semula setelah dia abaikan.

Hilmi    : Macam pelik aje. =_="

Zack    : Okey-okey. Kita boleh juga tujukan lagu ini untuk ibu kita or ayah kita or family kita. So, tak ada lah kita fikir bende-bende lain. Kalau nak contoh lagi romantik, lagu si suami untuk permaisurinya. So, secara tak langsung kita ingat kat Allah. InshaAllah.

Hilmi    : Tapi tak ramai yang fikir macam itu.

Zack    : Ermm... Sebab lain orang lain cara kenal dunia.

Hilmi    : Kan bagus selalu dengar ayat-ayat Qur'an, confirm ingat kat Allah beb.

Zack    : ...................................................................................... (terdiam)

Zack    : Kau selalu dengar ke?

Hilmi    : .......................................................................................(terdiam)

+++Satria Neo R3 terus dipacu laju menuju Kuala Lumpur, dan, dendangan lagu dari radio terus kedengaran+++

    Akhir kata, tak dapat dinafikan lagu memainkan peranan dalam hidup ini. Banyak lagu yang memberi semangat untuk berjuang, lagu yang memberi kesedaran dan lagu yang mengajar erti kehidupan. Cuma dalam hal ehwal lagu, kita yang menjadikan lagu itu bermanfaat atau tidak dalam hidup kita.

Dengar lagu dan ingat tuhan adalah kebaikan.
Dengar lagu tetapi ingat maksiat adalah kemungkaran.
Dengar lagu namun tak faham adalah sia-sia.

Pelan Tindakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

     'Modus operandi'. Pernah dengar? Itu dalam bahasa Latin, kalau dalam bahasa Inggeris disebut 'mode of preparation'. Nak dipendekkan cerita, dalam bahasa Melayu maknanya ialah 'pelan tindakan'. So, kenapa dengan 'modus operandi' ini?...

     Berdakwah merupakan suatu kefardhuan ataupun kewajipan. Wajib? Biar bebenor?? Namun, itulah hakikatnya. Dakwah merupakan perkara yang wajib kita laksanakan. Walaupun begitu, dakwah tidak lah terikat pada rukun-rukun tertentu seperti sebahagian ibadah-ibadah fardhu yang lain. Sebagai contoh solat, puasa, zakat dan haji terikat pada waktu-waktu yang ditentukan. Sebaliknya, dakwah adalah sepanjang masa.

     Okey, jadi apa kaitan antara dakwah dan modus operandi tadi? Andainya kita perasan, untuk berdakwah mempunyai pelbagai kaedah. Kita boleh berdakwah melalui lisan - nasihat. Kita boleh berdakwah melalui perbuatan - amalan. Kita juga boleh berdakwah melalui tulisan. Penggunaan kaedah-kaedah ini bergantung pada keupayaan kita sebagai pendakwah (da'ie) dan penerimaan mereka yang didakwah (mad'uu). Setiap tindakan kita untuk berdakwah mestilah disusuli dengan pelan tindakan seterusnya. Bagi aku, pelan tindakan ini penting bagi menjayakan usaha dakwah yang dilakukan.

     Di bawah ini aku coretkan sebuah cerita yang mudah untuk kita fahami.

+++Azan asar berkumandang dari corong-corong radio+++

Iwan    : Dah azan asar pun. Zack, jom solat asar berjemaah dengan aku.

Zack    : Solat?... Erm... Kau solat la dulu.

Iwan    : Jom laa. Solat berjemaah 27 ganda pahala kau tahu tak. Lagipun, x elok lambatkan solat, apatah lagi tinggalkan. Allah boleh marah dan api neraka balasan bagi orang-orang yang tak nak solat ini.

Zack tersentap mendengar kata-kata Iwan. Zack telah lama tidak mendirikan solat fardhu semenjak sekolah menengah lagi.

Iwan    : Jom la cepat. (sambil menarik tangan Zack)

Zack    : Kau solat aje la. Aku nak tidur la. (sambil menepis tangan Iwan, sedikit berang kerana dipaksa)

Oleh sebab tidak mahu terlalu memaksa, Iwan meninggalkan Zack dan membentangkan sejadah lalu solat berseorangan. Setelah selesai solat, Iwan menadahkan tangannya untuk berdoa. Terselit dalam doanya agar Zack berubah.

Zack    : Kenapa kau bentang 2 sejadah tadi?

Iwan    : Aku bentangkan untuk kau. Aku sangat berharap suatu hari nanti kau akan solat disebelah aku.

Zack    : ........................................................................

Setiap kali masuk waktu solat, Iwan akan mengajak Zack untuk solat bersama-sama meskipun ajakan itu hanyalah sia-sia. Iwan tetap membentangkan 2 sejadah dan berdoa.

Usaha tangga kejayaan.

Seminggu kemudian. Ketika hendak menunaikan solat. Seperti biasa, Iwan membentangkan 2 sejadah. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Zack walaupun Zack tidak berada disitu. Belum sempat Iwan mengangkat takbiratul ihram, bahunya di tepuk. Terperanjat. Iwan segera menoleh dan kelihatan Zack sedang berdiri di atas sejadah yang dibentangkan oleh Iwan. Zack senyum kepada Iwan.

Iwan    : Zack? Kau...........................

Zack    : Aku nak solat dengan kau ni. Cepat la imam.

Iwan    : Kenapakah?

Zack    : Sebelum ni ramai yang tegur aku supaya solat, aku buat tak kisah aje. Tapi, bila aku tengok kau bentangkan sejadah untuk aku tiap-tiap kali nak solat, hati aku jadi sayu. Timbul rasa nak solat. Terima kasih, Iwan. :)

Iwan    : Alhamdulillah.

+++Iwan dan Zack solat bersama-sama+++
(peringatan: kalau tiada onak duri dan aral melintang, kaum adam kene solat kat surau or masjid, mandatori!!)

     Jadi, daripada cerita pendek tadi kita dapat lihat bahawa Iwan berusaha berdakwah kepada Zack agar menunaikan solat. Istimewanya adalah bagaimana Iwan menjadikan amalan membentang 2 sejadah sebagai modus operandinya dalam berdakwah. Walaupun nampak remeh, tetapi memberi kesan. Oleh itu, bagi diri kita pula, perhatikan apa yang kita boleh jadikan modus operandi dalam berdakwah. Dan paling penting adalah berserah kepada Allah 'azzawajalla setelah berusaha kerana kita merancang sedangkan Allah lah yang menentukan segalanya.

(dakwah means mengajak ke arah kebaikan dan melarang daripada kemungkaran)

Lain Orang Lain Cara Kenal Dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

     Kehidupan sebagai seorang manusia diatur oleh Allah dgn pelbagai perkara dan peristiwa. Setiap perkara yang kita lalui akan membuahkan pengalaman untuk diri kita. Tetapi, cara kita menghadapi sesuatu perkara kebiasaannya berbeza dengan cara rakan-rakan kita yang lain. Kenapakah? Bagi aku, setiap manusia ada citarasa, pengalaman dan ilmu kefahaman yg berbeza antara satu sama lain. Jadi, cara kita menghadapi sesuatu perkara bergantung dengan citarasa kita, pengalaman kita sebelumnya dan tahap ilmu pengetahuan kita. Contoh mudah macam kita hendak menduduki peperiksaan. A berusaha bersungguh-sungguh sehingga tidak tidur malam untuk belajar dan menghafaz buku teks. B pula belajar ala kadar sekadar kemampuan diri. C langsung tidak belajar. <--- Hahahaha~ Semua ini berlaku kerana penghayatan A, B, dan C berbeza terhadap peperiksaan tersebut.

Berfikir dengan luas. :-)
   
     Ada satu kisah di sebuah hospital. Sering berlaku kematian misteri membabitkan pesakit koma yang berada di wad. Kematian misteri itu berlaku malam jumaat tiap-tiap minggu. Para petugas hospital berasa hairan dengan kejadian yang berlaku. Pesakit yang ditempatkan di wad tersebut pasti ditemui mati pada hari berikutnya. Nak dipendekkan cerita, seorang doktor nekad untuk menyelidik misteri disebalik kematian misteri pesakit-pesakit yang ditempatkan di wad tersebut. Pada malam jumaat, doktor tersebut menyelinap ke dalam wad dan menyorok disebalik langsir tingkap. Setelah lama menunggu, kelihatan seorang makcik cleaner masuk ke dalam wad tersebut. Alangkah terkejut doktor tersebut apabila melihat dengan selamber makcik cleaner itu mencabut plug peralatan bantuan pesakit dan menggantikannya dengan plug vacuum. "=_=. Rupa-rupanya itulah punca kematian misteri selama ini~

     Pandang sisi pembaca:
Pembaca pertama : Hahahaha... Bodoh gila makcik cleaner tu... XD
Pembaca kedua    : Bahaye weyh macam tu... Memang la mati kalau unplug selamber macam tu jer...
Pembaca ketiga    : Inilah bahaya kalau tidak diberi breifing dahulu kepada petugas hospital mengenai aspek keselamatan dalam wad. Dengan kesilapan sedikit, boleh membawa maut.

     Jadi, apa pula pandangan kita. Pembaca pertama melihat cerita tersebut seperti cerita lawak semata. Pemabaca kedua melihat dari segi aspek realiti dan dapat melihat punca dan kesannya. Namun, pembaca ketiga melihat lebih kehadapan dan mengenalpasti punca, kesan dan cara mengatasinya. Semua pandangan ini bergantung pada pengalaman dan ilmu pengetahuan yang pembaca pertama, kedua dan ketiga pernah alami.

     Pengalaman, ilmu pengetahuan dan citarasa kita memainkan peranan dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan. Secara hipotesis, semakin banyak ilmu dan pengalaman seseorang, semakin bijak dan matang keputusan dan tindakannya. Jadi, banyak-banyakkan ilmu di dada dan kumpul pengalaman seluasnya. "Lain orang lain cara kenal dunia".

     Ada pandangan yang lain?