Tuesday 29 November 2011

Apa Ada Hal Dengan Lagu

KL in the morning

     Pagi. Suasana yang nyaman, tenang dan menyenangkan. Itu pandangan bagi mereka yang hidup di kampung atau desa. Tetapi bagi mereka yang hidup di bandar, pagi-pagi lagi sudah menderu bunyi kenderaan bergerak sana-sini. Maklumlah, semua orang sedang memulakan langkah untuk mencari rezeki. Bagi yang kerja makan gaji, cukup bulan lah baru dapat rezeki nya. Hahaha.

     Kisah kali ini berkisar tentang Zack, seorang mahasiswa di sebuah Universiti Tanah Air. Pagi ini dia perlu pergi ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu program. Dia tidak keseorangan, Hilmi menemaninya.

+++Dalam kereta Satria Neo R3+++

Hilmi    : Program tu start pukul berapa beb?

Zack    : Pukul 8.00 pagi.

Hilmi    : Oww...

Zack menghidupkan radio dan mencari frekuensi kesukaannya.

"Kita bagai merpati"... "Yang sering beriringan"... "Menuju ke syurgawi pelangi"...
"Kita mengumpul hasrat"... "Tiada henti-hentinya"... "Mencari persinggahan bina istana"...

Lagu dendangan Samudera bertajuk "Titian Hasrat" berkumandang.

Hilmi    : Kau ni pagi-pagi lagi dah layan lagu tangkap leleh. Cuba lah dengar nasyid.

Zack    : Kenapakah? Salah ke?

Hilmi    : Sorry lah kalau kau tersinggung. Kan bagus kalau dengar nasyid, baru islamik beb.

Zack    : Islamik? Apa yang kau maksudkan dengan Islamik?

Hilmi    : Islamik lah. Baru kita ingat tuhan. Dekatkan diri dengan Islam.

Zack    : Oww... Kira islamik lah lagu ini. Sebab bila aku dengar aku ingat dekat tuhan. Dekatkan aku dengan nilai-nilai islamik.

Hilmi    : Apa pula macam itu? Lagu untuk orang bercinta ini.

Zack    : Bagi aku, tak semua lagu selain nasyid itu tak islamik. Ada yang islamik. Contoh macam lagu ini. Daripada lirik lagu ini memang kita dengar lagu jiwang, tetapi kalau kita fahamkan liriknya kearah islamik, inshaAllah, kita akan ingat tuhan. Aku rasa tak salah.

"Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika"...
"Namun di dalam hati dirimu kuterkenang jua"...
"Engkaulah permata di dalam genggaman tidak kusedari"...
"Kaca yang bersadur keemasan terus kucari"...

Lagu nyanyian Slam bertajuk "Kembali Terjalin" pula kedengaran.

Zack    : Contoh macam lagu ini. Secara umumnya lagu ini nak cerita tentang seorang lelaki yang meminta maaf daripada kekasihnya setelah melukai kekasihnya. Tetapi kalau kita fahamkan dari sudut islamik, lagu ini boleh menjadi kisah seorang hamba yang merayu agar hidayah diberikan semula setelah dia abaikan.

Hilmi    : Macam pelik aje. =_="

Zack    : Okey-okey. Kita boleh juga tujukan lagu ini untuk ibu kita or ayah kita or family kita. So, tak ada lah kita fikir bende-bende lain. Kalau nak contoh lagi romantik, lagu si suami untuk permaisurinya. So, secara tak langsung kita ingat kat Allah. InshaAllah.

Hilmi    : Tapi tak ramai yang fikir macam itu.

Zack    : Ermm... Sebab lain orang lain cara kenal dunia.

Hilmi    : Kan bagus selalu dengar ayat-ayat Qur'an, confirm ingat kat Allah beb.

Zack    : ...................................................................................... (terdiam)

Zack    : Kau selalu dengar ke?

Hilmi    : .......................................................................................(terdiam)

+++Satria Neo R3 terus dipacu laju menuju Kuala Lumpur, dan, dendangan lagu dari radio terus kedengaran+++

    Akhir kata, tak dapat dinafikan lagu memainkan peranan dalam hidup ini. Banyak lagu yang memberi semangat untuk berjuang, lagu yang memberi kesedaran dan lagu yang mengajar erti kehidupan. Cuma dalam hal ehwal lagu, kita yang menjadikan lagu itu bermanfaat atau tidak dalam hidup kita.

Dengar lagu dan ingat tuhan adalah kebaikan.
Dengar lagu tetapi ingat maksiat adalah kemungkaran.
Dengar lagu namun tak faham adalah sia-sia.

No comments:

Post a Comment