Tuesday 29 November 2011

Lain Orang Lain Cara Kenal Dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

     Kehidupan sebagai seorang manusia diatur oleh Allah dgn pelbagai perkara dan peristiwa. Setiap perkara yang kita lalui akan membuahkan pengalaman untuk diri kita. Tetapi, cara kita menghadapi sesuatu perkara kebiasaannya berbeza dengan cara rakan-rakan kita yang lain. Kenapakah? Bagi aku, setiap manusia ada citarasa, pengalaman dan ilmu kefahaman yg berbeza antara satu sama lain. Jadi, cara kita menghadapi sesuatu perkara bergantung dengan citarasa kita, pengalaman kita sebelumnya dan tahap ilmu pengetahuan kita. Contoh mudah macam kita hendak menduduki peperiksaan. A berusaha bersungguh-sungguh sehingga tidak tidur malam untuk belajar dan menghafaz buku teks. B pula belajar ala kadar sekadar kemampuan diri. C langsung tidak belajar. <--- Hahahaha~ Semua ini berlaku kerana penghayatan A, B, dan C berbeza terhadap peperiksaan tersebut.

Berfikir dengan luas. :-)
   
     Ada satu kisah di sebuah hospital. Sering berlaku kematian misteri membabitkan pesakit koma yang berada di wad. Kematian misteri itu berlaku malam jumaat tiap-tiap minggu. Para petugas hospital berasa hairan dengan kejadian yang berlaku. Pesakit yang ditempatkan di wad tersebut pasti ditemui mati pada hari berikutnya. Nak dipendekkan cerita, seorang doktor nekad untuk menyelidik misteri disebalik kematian misteri pesakit-pesakit yang ditempatkan di wad tersebut. Pada malam jumaat, doktor tersebut menyelinap ke dalam wad dan menyorok disebalik langsir tingkap. Setelah lama menunggu, kelihatan seorang makcik cleaner masuk ke dalam wad tersebut. Alangkah terkejut doktor tersebut apabila melihat dengan selamber makcik cleaner itu mencabut plug peralatan bantuan pesakit dan menggantikannya dengan plug vacuum. "=_=. Rupa-rupanya itulah punca kematian misteri selama ini~

     Pandang sisi pembaca:
Pembaca pertama : Hahahaha... Bodoh gila makcik cleaner tu... XD
Pembaca kedua    : Bahaye weyh macam tu... Memang la mati kalau unplug selamber macam tu jer...
Pembaca ketiga    : Inilah bahaya kalau tidak diberi breifing dahulu kepada petugas hospital mengenai aspek keselamatan dalam wad. Dengan kesilapan sedikit, boleh membawa maut.

     Jadi, apa pula pandangan kita. Pembaca pertama melihat cerita tersebut seperti cerita lawak semata. Pemabaca kedua melihat dari segi aspek realiti dan dapat melihat punca dan kesannya. Namun, pembaca ketiga melihat lebih kehadapan dan mengenalpasti punca, kesan dan cara mengatasinya. Semua pandangan ini bergantung pada pengalaman dan ilmu pengetahuan yang pembaca pertama, kedua dan ketiga pernah alami.

     Pengalaman, ilmu pengetahuan dan citarasa kita memainkan peranan dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan. Secara hipotesis, semakin banyak ilmu dan pengalaman seseorang, semakin bijak dan matang keputusan dan tindakannya. Jadi, banyak-banyakkan ilmu di dada dan kumpul pengalaman seluasnya. "Lain orang lain cara kenal dunia".

     Ada pandangan yang lain?

No comments:

Post a Comment