Tuesday 29 November 2011

Pelan Tindakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

     'Modus operandi'. Pernah dengar? Itu dalam bahasa Latin, kalau dalam bahasa Inggeris disebut 'mode of preparation'. Nak dipendekkan cerita, dalam bahasa Melayu maknanya ialah 'pelan tindakan'. So, kenapa dengan 'modus operandi' ini?...

     Berdakwah merupakan suatu kefardhuan ataupun kewajipan. Wajib? Biar bebenor?? Namun, itulah hakikatnya. Dakwah merupakan perkara yang wajib kita laksanakan. Walaupun begitu, dakwah tidak lah terikat pada rukun-rukun tertentu seperti sebahagian ibadah-ibadah fardhu yang lain. Sebagai contoh solat, puasa, zakat dan haji terikat pada waktu-waktu yang ditentukan. Sebaliknya, dakwah adalah sepanjang masa.

     Okey, jadi apa kaitan antara dakwah dan modus operandi tadi? Andainya kita perasan, untuk berdakwah mempunyai pelbagai kaedah. Kita boleh berdakwah melalui lisan - nasihat. Kita boleh berdakwah melalui perbuatan - amalan. Kita juga boleh berdakwah melalui tulisan. Penggunaan kaedah-kaedah ini bergantung pada keupayaan kita sebagai pendakwah (da'ie) dan penerimaan mereka yang didakwah (mad'uu). Setiap tindakan kita untuk berdakwah mestilah disusuli dengan pelan tindakan seterusnya. Bagi aku, pelan tindakan ini penting bagi menjayakan usaha dakwah yang dilakukan.

     Di bawah ini aku coretkan sebuah cerita yang mudah untuk kita fahami.

+++Azan asar berkumandang dari corong-corong radio+++

Iwan    : Dah azan asar pun. Zack, jom solat asar berjemaah dengan aku.

Zack    : Solat?... Erm... Kau solat la dulu.

Iwan    : Jom laa. Solat berjemaah 27 ganda pahala kau tahu tak. Lagipun, x elok lambatkan solat, apatah lagi tinggalkan. Allah boleh marah dan api neraka balasan bagi orang-orang yang tak nak solat ini.

Zack tersentap mendengar kata-kata Iwan. Zack telah lama tidak mendirikan solat fardhu semenjak sekolah menengah lagi.

Iwan    : Jom la cepat. (sambil menarik tangan Zack)

Zack    : Kau solat aje la. Aku nak tidur la. (sambil menepis tangan Iwan, sedikit berang kerana dipaksa)

Oleh sebab tidak mahu terlalu memaksa, Iwan meninggalkan Zack dan membentangkan sejadah lalu solat berseorangan. Setelah selesai solat, Iwan menadahkan tangannya untuk berdoa. Terselit dalam doanya agar Zack berubah.

Zack    : Kenapa kau bentang 2 sejadah tadi?

Iwan    : Aku bentangkan untuk kau. Aku sangat berharap suatu hari nanti kau akan solat disebelah aku.

Zack    : ........................................................................

Setiap kali masuk waktu solat, Iwan akan mengajak Zack untuk solat bersama-sama meskipun ajakan itu hanyalah sia-sia. Iwan tetap membentangkan 2 sejadah dan berdoa.

Usaha tangga kejayaan.

Seminggu kemudian. Ketika hendak menunaikan solat. Seperti biasa, Iwan membentangkan 2 sejadah. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Zack walaupun Zack tidak berada disitu. Belum sempat Iwan mengangkat takbiratul ihram, bahunya di tepuk. Terperanjat. Iwan segera menoleh dan kelihatan Zack sedang berdiri di atas sejadah yang dibentangkan oleh Iwan. Zack senyum kepada Iwan.

Iwan    : Zack? Kau...........................

Zack    : Aku nak solat dengan kau ni. Cepat la imam.

Iwan    : Kenapakah?

Zack    : Sebelum ni ramai yang tegur aku supaya solat, aku buat tak kisah aje. Tapi, bila aku tengok kau bentangkan sejadah untuk aku tiap-tiap kali nak solat, hati aku jadi sayu. Timbul rasa nak solat. Terima kasih, Iwan. :)

Iwan    : Alhamdulillah.

+++Iwan dan Zack solat bersama-sama+++
(peringatan: kalau tiada onak duri dan aral melintang, kaum adam kene solat kat surau or masjid, mandatori!!)

     Jadi, daripada cerita pendek tadi kita dapat lihat bahawa Iwan berusaha berdakwah kepada Zack agar menunaikan solat. Istimewanya adalah bagaimana Iwan menjadikan amalan membentang 2 sejadah sebagai modus operandinya dalam berdakwah. Walaupun nampak remeh, tetapi memberi kesan. Oleh itu, bagi diri kita pula, perhatikan apa yang kita boleh jadikan modus operandi dalam berdakwah. Dan paling penting adalah berserah kepada Allah 'azzawajalla setelah berusaha kerana kita merancang sedangkan Allah lah yang menentukan segalanya.

(dakwah means mengajak ke arah kebaikan dan melarang daripada kemungkaran)

No comments:

Post a Comment