Monday 26 December 2011

Kerana Manisnya Epal

Assalamualaikum warahmatullahi...
Bismillahi...
Allahumma solli wa sallim 'ala sayyidina Muhammad s.a.w...

Apa khabar? Ada masalah? Jika ada masalah pohonlah pada Allah s.w.t selaku pencipta masalah itu, kerana dari-Nya jualah datang penyelesaian.

Tajuk nak dikongsi pada hari ini ialah "Kerana Manisnya Epal". Eh, macam pernah dengar. Macam pernah baca. Karya Faisal Tehrani itu kan?


Kerana Manisnya Anda

Kalau cerpen "Kerana Manisnya Epal" dalam Buku Antalogi Anak Laut itu, ini sinopsisnya:

    "Mazlina,pelajar Malaysia di luar negara menjadi anak angkat Buchanan,seorang peladang epal di Tsolum River Fruit Trees,tanah British Columbia.Seorang lagi anak angkat Buchanan,Yvonne Zakharov Rosenblum berasal dari Russia.
    Anak-anak Buchanan seramai lima orang tidak berniat untuk mengusahakan ladang epal.Buchanan pula sangat sayang akan ladang epalnya.Buchanan sedih kerana ladang epalnya ingin diambil oleh Gabenor British Columbia.
    Mazlina dan Yvonne berasa cemas kerana orang-orang dari Jabatan Tanah British Columbia dan pegawai tentera datang dengan membawa jentolak ketika Buchanan tiada di rumah.
    Buchanan berlari-lari pulang diikuti oleh Gabenor.Gabenor membatalkan projek lapangan terbang kerana beliau tidak mahu epa-epal yang manis sebanyak dua ratus  jenis di ladang itu musnah."

Dalam banyak-banyak cerpen, cerpen ini paling aku suka baca sebab cerita pasal epal. Hahaha. Aku memang suka epal. Kalau pergi pasar, mesti kene beli epal. 10 biji dengan harga RM5. Itu kalau epal yang molek-molek saiznya. Kalau nak yang besaq-besaq, RM10 dapat 8 biji.

Sebaiknya kita tinggalkan sebentar kisah epal diatas sebab aku bukan nak kupas komponen sastera dalam cerpen itu. Sebaliknya aku ada kisah epal tersendiri untuk dijadikan renungan. Siapa tahu berapakah ketebalan kulit epal? Nipis kan. Nipis giler.

Masa semakin pantas berlalu dirasa.

Realitinya kita hidup diatas bumi yang kian dimamah usia. Keadaan bumi yang kita diami ini semakin MERBAHAYA!!! Pelbagai fenomena ganjil yang berlaku, yang pastinya mengundang resah dan risau bagi mereka yang memerhati dengan telus. Ais di bahagian kutub mula mencair. Banjir semakin menjadi-jadi. Tanah runtuh, gempa bumi dan keretakan permukaan tanah semakin ketara. Ini suatu signal nyata untuk kita.

Kejap, kejap. Apa kene mengene dengan epal? Adakah epal menjadi kurang manis dengan wujudnya masalah-masalah tersebut?

Mari kita berbicara secara falsafah, bumi yang kita duduki ini ibarat sebutir pasir yang terapung di awangan yang gelap gelita. Oleh itu, bumi ini terdedah kepada pelbagai ancaman dari angkasaraya seperti pelanggaran dengan meteor, bulan mahupun planet lain. Perkara sebegini sepatutnya mengundang resah bagi penduduk yang mendiami planet Bumi. Tambahan pula, bahagian dalam bumi, sedang giat mengalir lava-lava berapi yang bersuhu lebih ribuan darjah celsius. Pada bila-bila masa sahaja Bumi ini akan menyemburkan lava berapi tersebut lalu menyirapi manusia. Ketahuilah, kerak bumi yang menjadi pemisah antara diri ini dengan jutaan ribu gallon lava berapi adalah ibarat senipis kulit epal. Dengan mudah dapat dikoyak, dengan mudah juga dapat digigit.

Retak Menanti Belah

Jadi, sedarkan diri-diri yang sedang alpa dengan keasyikkan dunia. Celikkan hati-hati yang sedang sibuk meratah kemanisan dunia ibarat menjamah sebiji epal yang masak ranum.

Risaulah dengan keadaan kehidupan kita. Ancaman yang hebat sedang menanti di setiap penjuru hidup ini.

Fitrah manusia, apabila risau dan takut, mereka akan mencari tuhan.

WaAllahu a'lam.

Semoga aku, kau dan mereka semua akan dilindungi Allah s.w.t dari malapetaka ketika di dunia yang dahsyat dan juga malapetaka ketika telah meninggalkan dunia yang pastinya lebih menakutkan.

Na'uzubillahi~

No comments:

Post a Comment