Thursday 1 December 2011

Hikmah Dalam Kebetulan

Assalamualaikum dan selamat...se...selamat lah apa-apa yang patut.
Kalau baca masa pagi, selamat pagi.
Kalau baca masa petang, selamat petang.
Kalau baca masa malam, selamat malam.

     Tetapi apa yang penting, selamatkan iman kita secepat mungkin. Makin hari makin banyak kot dosa yang kita lakukan. Sedangkan umur makin pendek. Jadi, sebelum mata terkatup rapi, sebelum helaan nafas sudah berhenti, lekas-lekas kita bertaubat dan bersihkan hati. Takut nanti dah tak sempat.........sadis-sadis. =_=

     Dalam entry kali ini, aku nak berkongsi sedikit pandangan mengenai 'suratan dalam kebetulan'. Suratan dalam kebetulan? Apakah? Tahukah kita segala kejadian yang kita alami telah diaturkan. Mestilah kan. Allah 'azzawajalla yang telah aturkan segala perbuatan, percakapan dan pemikiran kita sejak azali lagi. Bermula sejak kita lahir sampai kita mati. Bermula dari kita baru bangun tidur sampai kita tidur kembali. Semua perkara telah diaturkan. Jadi, tiada kebetulan dalam aturan Allah.

     Cuma, bagi aku, sesuatu yang kita tidak expect terjadi pada kita itu adalah kebetulan. Padahal, Allah sudah tetapkan. Sebagai contoh, kita hendak pergi ke pasar membeli buah-buahan untuk dijadikan pencuci mulut. Tiba-tiba dalam perjalanan ke pasar, terdapat sebuah gerai baru dibuka yang menjual 'apam balik' di bahu jalan. Oleh itu, kita membeli 'apam balik' itu sebagai pencuci mulut menggantikan buah-buahan tadi. Adakah kebetulan ada nya gerai di situ? Bagi kita yang tak jangka perkara itu, ia dianggap kebetulan. Tetapi, di sisi Allah 'azzawajalla, ia suatu ketetapan yang telah lama diatur pada kita.

Ini pun 'pencuci mulut' yang sering dihidangkan masa raya.
   
     Wahai pembaca, tidakkah kita percaya bahawa setiap yang diaturkan pada kita adalah yang sebaik-baik untuk diri kita? Tidakkah kita terfikir bahawa setiap yang kita alami ada maksud tersirat disebaliknya? Bagi aku, segala yang Allah aturkan untuk kita lakukan sentiasa ada hikmah di sebaliknya, meskipun sesuatu itu kebetulan bagi diri kita. Cuma kita, adakah kita mencari hikmah itu ataupun tidak. Orang-orang yang sedar sentiasa mencari hikmah disebalik apa yang berlaku.

     Sebagai contoh mudah, kita sedang menonton televisyen program kesukaan kita, cartoon Spongebob Squarepants. <------Hahaha ^_^. Tiba-tiba iklan. Secara 'kebetulan' ada iklan yang memaparkan tentang pengajian Al-Quran. Wah, 'kebetulan' iklan itu dipaparkan. 'Kebetulan' juga kita yang menontonnya sedangkan pada kebiasaan kita sering mengabaikan iklan-iklan di televisyen. Bagi para pencari hikmah, dalam iklan itu mereka melihat hikmah. Kerana mereka sedar, kebetulan dalam hidup ini bukanlah kebetulan di sisi Allah. Segalanya telah diatur. Jadi mereka melihat iklan tersebut sebagai suatu peringatan dari Allah agar mengkaji Al-Quran, mungkin juga peringatan untuk diri yang sering lalai dengan Al-Quran. WaAllahu a'lam.

     Khulasatul qaul. Sebenarnya, tuhan tak pernah tinggalkan kita, peluang demi peluang diberikan untuk kita sedar bahawa kita bertuhan. Cuma kita yang sering abaikan meskipun disedari rahmat kasih tuhan itu. Oh, sadis-sadis. =_=

 

No comments:

Post a Comment